You CANNOT do this to cats!!!!
Saturday, October 29th, 2005| Lelaki didakwa aniaya kucing 29-10-2005 01:42:20 |
||
|
KUALA LUMPUR: Seorang pemelihara kucing hari ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini kerana didakwa mengabaikan penjagaan empat ekor kucing peliharaannya menyebabkan haiwan itu mengalami sakit kulit dan mata, bulan lepas. Lelaki berkenaan, Abdul Rashid Mohd Othman, 50, menghadapi empat pertuduhan mengabaikan penjagaan sehingga menyebabkan kesengsaraan yang tidak sepatutnya kepada seekor kucing betina warna hitam putih, seekor kucing betina warna kelabu, putih dan kuning, seekor kucing jantan warna kuning dan putih dan seekor kucing jantan warna hitam dan putih jenis Parsi sehingga ia mengalami sakit kulit dan mata.
Abdul Rashid, yang memelihara 26 ekor kucing lagi di rumahnya, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 65 Jalan Wan Malini, Sri Petaling di sini, pada pukul 12 tengah hari, 21 Sept lepas. Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 44(1)(d) Ordinan Binatang 1953 yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM200 atau enam bulan penjara atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Abdul Rashid, yang tidak diwakili peguam, pada mulanya telah mengaku bersalah terhadap keempat-empat pertuduhan itu. Bagaimanapun, pengakuan bersalah itu telah ditolak Majistret Azniza Mohd Ali apabila Abdul Rashid menafikan gambar keadaan kucing-kucing tersebut seperti yang ditunjukkan jurubahasa mahkamah kepadanya. Menurut Abdul Rashid, gambar keadaan kucing-kucing itu adalah tidak sama dengan ketika haiwan tersebut diambil dari rumahnya oleh pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
"Memandangkan orang kena saman dalam kes ini tidak mengakui gambar yang dikemukakan, maka mahkamah menolak pengakuan bersalahnya dan akan menetapkan tarikh perbicaraan," kata Azniza. Mahkamah kemudian menetapkan tarikh 23 dan 24 Nov depan sebagai tarikh perbicaraan kes itu. Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya B. Saralapillai dan Tetralina Ahmad Fauzi serta dibantu Pegawai Pendakwa Tee Thian See dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan. BERNAMA An excerpt for mstar.com.my |






























